Tujuan Utama Takaful

TAKAFUL

Takaful adalah salah satu muamalat Islam yang mempunyai niat yang baik dan membantu sesama manusia... Saling menjamin antara satu sama lain antara peserta-peserta takaful.. indahkan...

Kita menyertai Takaful... Takaful adalah wadah bagi jaminan antara satu sama lain antara peserta-peserta Takaful bagi berkongsi bertanggungjawaban bersama-sama atas Kerugian Kewangan yang berlaku dalam kehidupan kita ini.... Itu letak batu asasnya...

Persediaan awal kita yang kita buat KALAU JADI APA-APA pada diri kita... terutama sekali jika kita adalah Mesin ATM utama buat keluarga.... apa dia itu KALAU JADI APA-APA?

  1. Mati awal sebelum selesai tanggungjawab menyara keluarga
  2. Lumpuh atau Hilang upaya Kekal hingga tidak mampu lagi menjadi Mesin ATM keluarga
  3. Menghidapi sakit kritikal berpanjangan
  4. Terpaksa menjalani rawatan perubatan di hospital dalam tempoh yang lama
  5. Kecacatan akibat sakit atau kemalangan

Jika perkara ini berlaku tanpa ditangani dengan sebaiknya akan mengakibatkan kita dan keluarga terjatuh terjerumus dalam masalah kewangan yang teruk.

Selalu dipesan kepada keluarga #MRYFamily..... Bahasa mudahnya... pelanggan menyertai Takaful sebab mereka nak claim... atas kerugian kewangan disebabkan musibah yang berlaku... dan Takaful ini berkait dengan kematian, hilang upaya, sakit dan kemalangan... itu sahaja..

Jangan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang mempromosikan Takaful sebagai instrumen pelaburan atau instrumen simpanan..... dan bertapa terkurang ilmunya mereka boleh memberitahu peserta takaful ianya adalah tukar duit kecil kepada duit besar... kau ingat ini KTM (Kuda Toto Magnum) ke? tak guna sehebat mana pun, setinggi mana kedudukan mereka... mereka ini telah merosakan kecantikan dan keindahan Takaful..

Ingat... setinggi-tinggi perlindungan serendah-rendahnya caruman....

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Hibah & Situasinya

Apa maksud MRTA dan MRTT?