Salam Perkenalan

Cerita MRYFamily adalah satu medium santai berceritakan tentang perjalanan kami dalam industri Takaful dan Insurans serta aktiviti-aktiviti kami.

MRYFamily Consultancy ini satu entiti dalam memberikan latihan dan panduan kepada para konsultan Takaful dan Insurans yang menyertainya.

Sehingga kini, kami mempunyai lebih 30 orang konsultan daripada FWD Takaful, AIA Public Takaful dan Syarikat Takaful Malaysia.

Alhamdulillah, himpunan ramai konsultan ini memberikan kami pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri ini.

Sejak tahun 2014 kami bertatih membentuk satu ikatan saling percaya mempercayai dalam menyokong antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan ikhlas kepada para pelanggan.

Hari ini, pertama kali kami berblog... inshaAllah kami akan berkongsi perjalanan kami untuk tatapan para pelanggan kami takpun untuk anak cucu kami 😄

Terima Kasih.



Comments

Popular posts from this blog

Hibah & Situasinya

Apa maksud MRTA dan MRTT?