𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝟮 𝗞𝗪$𝗣 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟/𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 - 𝗡𝗘𝗧𝗜𝗭𝗘𝗡

🪐 Ya Ayyuhan Nas....tenang jangan ribut-ribut wahai sekalian manusia.

🪐 Kita berdiskusi secara berilmu dan penuh hikmah.

🪐 Bak kata Imam Syafie “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti tewas dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

🪐 Sebelum kita menyerang kita kena pastikan pertahanan kita kukuh terlebih dahulu.

🪐 Tak guna kita menjaringkan 5 gol tapi dibolosi 10 gol.

🪐 Konsep yang sama terpakai dalam merancang kewangan.

🪐 Sebelum kita membina harta dan kekayaan, terlebih dahulu kita kena kukuhkan tapak dengan perlindungan.


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝘀𝗮𝘀 - 𝘁𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻?

🪐 Kerana kehidupan kita penuh dengan ketidakpastian.

Secara umumnya ada 6 ketidakpastian dalam hidup:

1. Mati terlampau awal

2. Penyakit kritikal

3. Kemalangan

4. Hilang upaya kekal

5. Hospitalisation

6. Hidup terlampau lama

🪐 5 daripada 6 ketidakpastian dalam hidup dapat di atasi dari segi kewangan dengan memiliki perlindungan (Takaful) yang secukupnya.


𝟱 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?

🪐 5 sebab kematian utama rakyat Malaysia pada tahun 2018 mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia:

1. Penyakit jantung koronari

2. Penyakit radang paru-paru

3. Penyakit serebrovaskular (mengakibatkan stroke)

4. Kemalangan

5. Penyakit paru-paru obstruktif kronik, COPD (Masalah pernafasan jangka panjang dan aliran udara yang lemah)

🪐 Dengan jumlah 279 kematian berbanding jumlah kes keseluruhan 38,189 (0.73%), penyakit coronavirus (COVID-19) berpotensi menjadi 5 sebab kematian utama penduduk Malaysia di tahun mendatang.

🪐 Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah berbanding wabak SARS pada tahun 2003, tetapi penularannya jauh lebih tinggi dengan jumlah kematian yang ketara

🪐 Astro Awani melaporkan bekalan vaksin awal COVID-19 dijangka diperoleh pada suku pertama 2021.

🪐 Dengan kerajaan menyasarkan agar bekalan tersebut diberikan kepada 3 peratus populasi negara terlebih dahulu yang terdiri daripada frontliners.


𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶?

🪐 Pada 9 Sept 2020 nan lalu, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melaporkan hanya 54% daripada rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans atau takaful hayat.

🪐 Dan daripada 54% tersebut, 90% daripada mereka tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful hayat yang mencukupi.

Pengiraan kasar:

54% x 32 Juta Penduduk Malaysia = 17.28 Juta

90% x 17.28 Juta = 15.6 Juta


𝗝𝘂𝘀𝘁𝗶𝗳𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝟮 𝗞𝗪$𝗣 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁 (𝗽𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻/𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹) & 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹?

🪐 Begini rakan² sekalian, dengan income protection plan (pampasan kematian/hilang upaya kekal + penyakit kritikal) dapat membantu meringankan beban kewangan 3

daripada 6 ketidakpastian dalam hidup.

🪐 Bencana kewangan 3D (death - kematian, disability - hilang upaya kekal, disease - penyakit kritikal) dapat di kurangkan kesan kewangannya terhadap keluarga dengan income protection plan terutamanya jika kita selaku ketua keluarga.


:𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻/𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮?

🪐 Pampasan kematian/hilang upaya kekal yang sepatutnya kita ada bersamaan 10 tahun gaji.

Contoh gaji RM 5K sebulan

Formula: Gaji x 12 bulan x 10 tahun

RM 5K x 12 x 10 = RM 600K#

🪐 Dengan pampasan tunai RM 600K, isteri dan anak² dapat meneruskan kelangsungan hidup selama 10 tahun sekiranya berlaku kematian/hilang upaya kekal ke atas diri kita.

🪐 Manakala pampasan untuk penyakit kritikal moleknya bersamaan 5 tahun gaji.

🪐 Sekiranya gaji kita RM 5K sebulan, perlindungan yang sepatutnya kita ada seperti berikut:

Pampasan kematian/HUK - RM 600K

Pampasan penyakit kritikal - RM 300K


𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝘂𝗱𝗴𝗲𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹?

🪐 Dah jelas tentang jumlah perlindungan yang sepatutnya kita ada, kemudian barulah kita tengok bab budget pula.

🪐 Kebanyakkan orang tersilap sebab tengok harga dulu berbanding coverage yang sepatutnya ada.

🪐 Pilih yang paling murah dulu kesannya 90% daripada 54% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans dan takaful hayat yang tak mencukupi.

🪐 Sebaik-baik allocation untuk bayaran bulanan takaful jangan lebih daripada 10% gaji kita.

Kalau gaji RM 5K sebulan, 10% bersamaan RM 500.

🪐 Kita ada komitmen lain lagi yang perlu ditanggung.


𝗞𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵?

🪐 COVID-19 bukan sahaja membawa maut tetapi turut melumpuhkan ekonomi negara.

🪐 Ramai yang hilang pekerjaan dan terpaksa di potong gaji akibat COVID-19.

🪐 Menurut laporan Sinar Harian, seramai 81,056 penduduk di Malaysia  hilang pekerjaan dari tempoh Januari sehingga 17 September tahun ini.

🪐 Bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar, belanjawan 2021 membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk caruman takaful hayat & penyakit kritikal.


𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗶𝗻𝘀𝘂𝗿𝗮𝗻𝘀/𝘁𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴?

🪐 Agak² pihak mana lebih untung kalau situasi di bawah berlaku? Syarikat insurans/takaful atau keluarga kita?

Caruman takaful:

RM 500 x 12 bulan = RM 6K melalui akaun 2 KWSP.

Sementara menunggu vaksin mendarat paling awal suku pertama 2021 kita ditimpa musibah kewangan 3D.

Pampasan kematian = RM 600K untuk kegunaan isteri dan anak² meneruskan hidup.

Pampasan penyakit kritikal = RM 300K untuk kegunaan diri sendiri bagi tujuan rawatan pemulihan.

🪐 Agak² pihak mana lebih terkesan dan menderita sekiranya perkara di bawah berlaku? Syarikat insurans/takaful atau keluarga kita?

Sudahlah kita hilang sumber pendapatan disebabkan dibuang kerja,  kita ditimpa pula bencana kewangan 3D tanpa ada perlindungan takaful.

Ibarat sudah jatuh di timpa tangga.

Mana keluarga kita nak cari duit yang banyak untuk meneruskan hidup kalau kita sudah tiada atau ditimpa penyakit kritikal di saat COVID-19 yang tengah menggila ni?


Moral of the story, tidak ada orang yang muflis kerana takaful. Tetapi ramai orang yang muflis kerana tidak ada takaful.


Kredit : Penulis asal di Facebook

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Hibah & Situasinya

Apa maksud MRTA dan MRTT?