Cerita MRYFamily adalah satu medium santai berceritakan tentang perjalanan kami dalam industri Takaful dan Insurans serta aktiviti-aktiviti kami. MRYFamily Consultancy ini satu entiti dalam memberikan latihan dan panduan kepada para konsultan Takaful dan Insurans yang menyertainya. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 30 orang konsultan daripada FWD Takaful, AIA Public Takaful dan Syarikat Takaful Malaysia. Alhamdulillah, himpunan ramai konsultan ini memberikan kami pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri ini. Sejak tahun 2014 kami bertatih membentuk satu ikatan saling percaya mempercayai dalam menyokong antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan ikhlas kepada para pelanggan. Hari ini, pertama kali kami berblog... inshaAllah kami akan berkongsi perjalanan kami untuk tatapan para pelanggan kami takpun untuk anak cucu kami 😄 Terima Kasih.
Bagi anda yang menyertai Skim atau Plan Takaful selalunya akan meletak penama kepada pampasan anda kepada seseorang yang rapat dengan anda sama ada sebagai wasi atau hibah.. Selalunya Konsultan Takaful akan mencadangkan Hibah.. Hibah nie kalau bahasa mudahnya bermaksud HADIAH Hibah dalam Takaful ialah Hibah Bersyarat Syaratnya adalah pampasan kewangan itu akan diterima oleh penerima hibah setelah berlaku kematian kepada pemberi hibah Pampasan yang diterima oleh penerima Hibah nie adalah hak mutlak nya Maksud hak mutlak ini, ianya tidak boleh ditandingi oleh sesiapa, jika pemberi Hibah ini mempunyai hutang, pemiutang tak boleh cabar pemilikan wang pampasan Takaful ini.. termasuk lah sesiapa pun yang nak merasa wang pampasan Takaful tersebut... Cuma penerima Hibah kena bayar Zakat 'atiah salah satu kategori Zakat Pendapatan Oleh itu, jika ada pemberi Hibah menyuruh penerima Hibah menyelesaikan sesuatu perkara melalui wang pampasan tersebut apabila diterima... Penerima Hibah
MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance (Skim Insurans Konvensional) MRTT – Mortgage Reducing Term Takafu l (Skim Insurans Patuh Shariah) Ditawarkan kepada mereka yang membuat pinjaman perumahan melalui bank untuk menjamin pinjaman yang dibuat. Adakah ianya wajib dan perlu? Jawapannya ialah tidak diwajibkan & tidak perlu mengambilnya tetapi pihak bank sebagai pemberi pinjaman pastilah nak ada jaminan terhadap pinjaman yang diberi. Jumlah perlindungan MRTA/MRTT ini akan berkurangan mengikut baki pinjaman kita. Premium/caruman MRTA/MRTT perlu dibayar sekaligus (lump sump) dan ianya dalam jumlah yang besar. Selalunya akan dimasukkan dalam loan rumah kita. Apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau mengidap penyakit kritikal kepada peminjam, MRTA/MRTT ini akan membayar atau menjamin baki pinjaman kita dengan bank apabila berlaku keadaan yang disebut tadi. Contohnya: 𝐴𝑏𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑅𝑀300 𝑟𝑖𝑏𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑘
Comments
Post a Comment