Apabila Anggaran Cash Value (simpanan) Insurance & Takaful Menjadi Sandaran - Part 1

Apa tujan utama kita menyertai Takaful atau membeli Insurance?

Tujuan utama Takaful atau Insurans adalah untuk Perlindungan MalaPetaka Kewangan yang menimpa kita atas perkara kematian, hilang upaya kekal dan sakit.

Takaful - Berkongsi risiko antara peserta Takaful. Ianya Patuh Shariah.

Insurans - Memindahkan risiko kepada syarikat insurans dengan membeli produk mereka. Ianya tidak patuh shariah dan haram bagi orang Islam membelinya

Kedua-duanya bukan instrumen 100% simpanan. Jika tujuan kita hendak pada simpanan, sini bukan tempatnya. Baik kita menyimpan di ASB, Unit Amanah, Tabung Haji ataupun akaun simpanan bank kita. Janganlah terlalu tamak dengan memasang niat nak perlindungan tapi aku juga nak ada tabung simpanan. Setiap RM1 aku mencarum/bayar perlindungan ini, simpanan aku pun mesti ada RM1.

Ketahui lah anda luar sana, setiap Takaful atau Insurans itu ada kos-kosnya. Dalam Takaful dipanggil Cost of Tabarru dan Insurans pula dipanggil Cost of Insurance. Ianya tidak terjamin bermaksud kos-kos ini boleh berubah sebilang masa dan selalunya akan meningkat. Kos-kos ini bertujuan untuk membiayai perlindungan yang diambil oleh anda. Cuba tanya agen anda berkaitan ini.

Kos-kos ini akan mempengaruhi cash value dalam Takaful atau Insurans anda. Jangan terlalu bersandar pada anggaran Cash Value yang ditunjukkan. Sudah ramai kecewa apabila membandingkan anggaran cash value ini dengan nilai cash value yang sebenarnya diterima.

Ye memang betul kebanyakan plan Takaful & Insurans ini ada menunjukkan cash value (simpanan) terutama plan berkait pelaburan. Rujuk gambarajah bawah ini bagaimana ianya berfungsi. 

Untuk pengetahuan anda, bukan semuanya caruman atau premium anda dilaburkan, mungkin hanya setakat 40% atau sehingga 80% daripada caruman atau premium anda dilaburkan. Bakinya untuk pembelanjaan agensi atau syarikat tersebut.

Ambil tahu dan jangan serah bulat-bulat kepada ejen Takaful/Insurans yang manipulasi atau menjual cash value kepada anda. Fahami bahawa anda menyertai Skim Perlindungan adalah untuk melindungi kewangan anda apabila berlaku musibah luar jangka.

Kepada Excutive Consultant MRYFamily, ingat tanggungjawab anda dalam memberikan kesedaran Takaful dan menyelamatkan pelanggan anda daripada musibah kewangan. Itu adalah fokus kerja kita sebenarnya.




Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Hibah & Situasinya

Apa maksud MRTA dan MRTT?