Apa maksud MLTA dan MLTT?


MLTA – Mortgage Level Term Assurance (Skim Insurans Konvensional)
MLTT – Mortgage Level Term Takaful (Skim Insurans Patuh Shariah)

Skim MLTA/MLTT ini adalah alternatif kepada MRTA/MRTT. Ianya menawarkan jumlah perlindungan MLTA/MLTT ini tetap sama dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman perumahan kita. MLTA/MLTT ini juga membolehkan kita menambah perlindungan lain seperti manfaat sakit kritikal, kemalangan, hospital dan penggantian pendapatan/gaji yang mana skim MRTA/MRTT tidak boleh ditambah manfaat-manfaat ini. Premium/caruman MLTA/MLTT ini dibayar secara berkala iaitu bulanan atau suku tahun, setengah tahun atau tahunan mengikut kemampuan dan keperluan kita.

Kelebihan MLTA/MLTT selain boleh ditambah manfaat perlindungan yang lain, ianya mempunyai Nilai Tunai/Simpanan sepanjang tempoh perlindungan pinjaman perumahan kita. Nilai Tunai/Simpanan ini boleh dikeluarkan jika kita ingin melakukan penyelesaian baki pinjaman kita. Skim MLTA/MLTA ini juga merupakan kelebihan kepada mereka yang mempunyai banyak rumah (pinjaman perumahan) kerana dengan satu Skim MLTA/MLTT ini boleh melindungi kesemua pinjaman perumahan yang kita ada.

Contohnya:

𝐴𝑙𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑅𝑀500 𝑟𝑖𝑏𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑘 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎 30 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑚𝑖𝑛 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑆𝑘𝑖𝑚 𝑀𝐿𝑇𝐴/𝑀𝐿𝑇𝑇. 𝐴𝑛𝑑𝑎𝑖𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑘𝑒-15, 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑏𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑅𝑀250 𝑟𝑖𝑏𝑢. 𝑆𝑘𝑖𝑚 𝑀𝐿𝑇𝐴/𝑀𝐿𝑇𝑇 𝑖𝑛𝑖 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑖. 𝑃𝑎𝑚𝑝𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑅𝑀500 𝑟𝑖𝑏𝑢 + 𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑇𝑢𝑛𝑎𝑖/𝑆𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑛𝑎𝑚𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑙𝑖. 𝑆𝑒𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑜𝑙𝑎𝑘 𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑖, 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝐴𝑙𝑖 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑅𝑀250 𝑟𝑖𝑏𝑢 + 𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑇𝑢𝑛𝑎𝑖/𝑆𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛𝑎𝑛. 𝑂𝑙𝑒ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝐴𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔 ℎ𝑢𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑙𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎-𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑃𝑎𝑚𝑝𝑎𝑠𝑎𝑛 + 𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑇𝑢𝑛𝑎𝑖/𝑆𝑖𝑚𝑝𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑘𝑖𝑚 𝑀𝐿𝑇𝐴/𝑀𝐿𝑇𝑇 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠-𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝐴𝑙𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛.

Rumah dapat dan wang tunai dapat! Pasti bebanan kewangan waris-waris (isteri dan anak-anak) Ali akan lebih ringan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka.

Oleh itu, buat pilihan yang bijak!!!

Jika ada pertanyaan berkaitan perkara ini, isi e-Form bawah ini, kami akan menghubungi anda.


Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Hibah & Situasinya

Apa maksud MRTA dan MRTT?