Hibah & Situasinya

 Bagi anda yang menyertai Skim atau Plan Takaful selalunya akan meletak penama kepada pampasan anda kepada seseorang yang rapat dengan anda sama ada sebagai wasi atau hibah.. Selalunya Konsultan Takaful akan mencadangkan Hibah..

  • Hibah nie kalau bahasa mudahnya bermaksud HADIAH
  • Hibah dalam Takaful ialah Hibah Bersyarat
  • Syaratnya adalah pampasan kewangan itu akan diterima oleh penerima hibah setelah berlaku kematian kepada pemberi hibah
  • Pampasan yang diterima oleh penerima Hibah nie adalah hak mutlak nya
  • Maksud hak mutlak ini, ianya tidak boleh ditandingi oleh sesiapa, jika pemberi Hibah ini mempunyai hutang, pemiutang tak boleh cabar pemilikan wang pampasan Takaful ini.. termasuk lah sesiapa pun yang nak merasa wang pampasan Takaful tersebut... Cuma penerima Hibah kena bayar Zakat 'atiah salah satu kategori Zakat Pendapatan
  • Oleh itu, jika ada pemberi Hibah menyuruh penerima Hibah menyelesaikan sesuatu perkara melalui wang pampasan tersebut apabila diterima... Penerima Hibah atas budi bicaranya sahaja untuk melaksanakannya atau tidak... Tak buat tak salah, kalau buat dapat pahala yer

Kepada peserta Takaful... tak semuanya skim atau plan takaful itu perlu dihibahkan... Konsultan Takaful pula, jangan lah 'Generalise' kan semua keadaan kepada Hibah, jangan ambil mudah dengan tanggungjawab anda... Buat fact finding yang sesuai dan nasihatkan pelanggan anda dengan baik.. Kadangkala Penamaan Wasi lebih baik daripada Penamaan Hibah.. antara keadaan Penamaan Wasi yang sesuai ialah apabila peserta takaful itu mempunyai banyak liabiliti... anak-anak yang masih kecil... untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya (berbini lebih daripada 1)... Ini kerana, Penerima Wasi akan mentadbir pampasan kewangan Takaful ini dan akan mengikut Hukum Faraidh dalam penyelesaian pembahagian pampasan kewangan ini... Sesungguhnya Faraidh itu lebih menyeluruh dan terbaik kerana ianya ada dinyatakan dalam Al-Quran...

Idea Penulisan ini saya kreditkan kepada Tuan Lawyer Ahmad Termizi Bin Abdullah, sifu yang banyak mengajar perkara-perkara harta pusaka.... Terima kasih tuan...

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Apa maksud MRTA dan MRTT?