Apa maksud MRTA dan MRTT?


MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance (Skim Insurans Konvensional)

MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful (Skim Insurans Patuh Shariah)

Ditawarkan kepada mereka yang membuat pinjaman perumahan melalui bank untuk menjamin pinjaman yang dibuat. Adakah ianya wajib dan perlu? Jawapannya ialah tidak diwajibkan & tidak perlu mengambilnya tetapi pihak bank sebagai pemberi pinjaman pastilah nak ada jaminan terhadap pinjaman yang diberi. Jumlah perlindungan MRTA/MRTT ini akan berkurangan mengikut baki pinjaman kita.

Premium/caruman MRTA/MRTT perlu dibayar sekaligus (lump sump) dan ianya dalam jumlah yang besar. Selalunya akan dimasukkan dalam loan rumah kita.

Apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau mengidap penyakit kritikal kepada peminjam, MRTA/MRTT ini akan membayar atau menjamin baki pinjaman kita dengan bank apabila berlaku keadaan yang disebut tadi.

Contohnya:

𝐴𝑏𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑅𝑀300 𝑟𝑖𝑏𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑘 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎 30 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛. 𝑃𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑘𝑒-15 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑏𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑙𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑏𝑢. 𝐵𝑎𝑘𝑖 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝐴𝑏𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑅𝑀150 𝑟𝑖𝑏𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑠𝑘𝑖𝑚 𝑀𝑅𝑇𝐴/𝑀𝑅𝑇𝑇. 𝑂𝑙𝑒ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠-𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝐴𝑏𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔 ℎ𝑢𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑏𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠-𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝐴𝑏𝑢 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑑𝑖𝑢𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛.

Syarat minimum perlindungan MRTA/MRTT ini bagi sesetengah bank ialah 3 atau 5 tahun untuk dilindungi dan kebanyakan daripada kita akan memilih tempoh perlindungan yang minimum dan memasukkan premium/caruman MRTA/MRTT dalam pinjaman yang dibuat. Kesannya MRTA/MRTT yang diambil ini hanya melindungi kita selama 3 atau 5 tahun sahaja dan premium/caruman tersebut akan dikenakan interest atau kadar keuntungan pinjaman selama tempoh pinjaman yang pasti akan merugikan kita pada masa panjang.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Hibah & Situasinya